Pilih buku
Layari Semua Buku atau pilih mengikut kategori. Jika buku mempunyai pilihan (contoh: edisi), pilih dahulu di halaman butiran.
Tambah ke troli
Tekan Beli atau Tambah ke Troli. Anda boleh menukar kuantiti atau membuang item di halaman Troli.
Isi maklumat sebagai tetamu
Isi nama, emel, no. telefon dan alamat (atau pilih ambil sendiri). Tiada kata laluan atau pendaftaran diperlukan.
Bayar secara selamat
Anda akan dialihkan ke Billplz untuk membayar melalui perbankan atas talian (FPX). Catat No. Pesanan anda.
Semak status pesanan
Pada bila-bila masa, buka Semak Pesanan dan masukkan No. Pesanan bersama emel atau no. telefon yang digunakan. Pesanan diproses selepas bayaran disahkan. Nombor penjejakan (jika ada) akan dipaparkan di halaman Semak Pesanan.
Soalan Lazim
Adakah saya perlu mendaftar akaun?
Tidak. Anda hanya perlu mengisi maklumat penghantaran semasa checkout.
Bagaimana saya tahu pesanan saya berjaya?
Selepas bayaran disahkan, status pesanan akan dikemas kini. Semak melalui halaman Semak Pesanan menggunakan No. Pesanan dan emel / no. telefon anda.
Saya terlupa No. Pesanan.
Rujuk emel resit daripada Billplz atau hubungi kami di [email protected] bersama nama dan no. telefon yang digunakan.
Bolehkah saya mengambil sendiri pesanan?
Boleh. Pilih Ambil sendiri semasa checkout dan kami akan menghubungi anda untuk pengaturan.
Bayaran gagal atau terputus di tengah jalan.
Jangan risau. Semak status di Semak Pesanan; jika tertera “Bayaran Gagal”, anda boleh membuat pesanan baharu. Jika wang telah ditolak, hubungi kami.
Bagaimana jika buku kehabisan stok?
Buku yang kehabisan stok ditandakan dan tidak boleh dibeli. Sila kembali semula atau hubungi kami untuk makluman.