Tentang Kami

Darul-Fikir-Logo

DARUL FIKIR (000624088-H) adalah cabang percetakan dan penerbitan bahan bacaan untuk Kumpulan Darul Fikir Sdn Bhd (1177926-U). Kedua-dua entiti ini adalah syarikat Bumiputera yang berdaftar mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan telah dibuka sejak Februari 1984.

Sejak Darul Fikir mula beroperasi, iaitu hampir empat puluh tahun yang lalu, misi kami adalah menjadi penerbit buku terkemuka dan juga memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. Selama bertahun-tahun, kami telah mengumpul, menerbit dan mengedar tajuk tempatan dan antarabangsa yang merangkumi pelbagai jenis genre. Selain daripada aktiviti penerbitan dan percetakan, kami turut menyediakan kelas pembelajaran Iqra' dan Al-Quran dari peringkat asas di Pusat Iqra' Antarabangsa Malaysia, Akademi Al-Quran Darul Fikir. Pendaftarannya dibuka sepanjang tahun untuk masyarakat umum di semua peringkat umur.

Terletak di Kampong Bharu, Kuala Lumpur, Akademi Al-Quran Darul Fikir menawarkan kelas kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar membaca Al-Quran. Kami mempunyai pelajar dari usia 5 hingga 75 tahun. Ada yang baru mulai belajar dan ada yang ingin meningkatkan kualiti bacaan serta mendalami ilmu berkaitan Al-Quran. Sebagai pemegang lesen tunggal penerbitan dan percetakan buku Iqro' - cara cepat belajar membaca Al-Quran karya Almarhum Ustaz Haji As'ad Humam di Malaysia sejak tahun 2005, kami turut menyediakan kursus Metodologi Iqra' yang sebenar untuk guru-guru dan tenaga pengajar yang mengajar asas bacaan Al-Quran menggunakan buku dan kaedah iqra'.

Di antara buku terlaris kami yang dikenali ramai ialah siriMushaf Al-Quran Tajwid Berwarna (Dar Al Ma’rifaah)’, ‘Buku IQRA’ – Cara Cepat Belajar Memabaca Al-Quran (Ustaz Haji As’ad Humam), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM) dan ‘Buku Teks KAFA (Akidah)’.

Darul Fikir juga merupakan pengedar eksklusif untuk penerbit Eropah, Amarika Syarikat, Indonesia dan Timur Tengah, khususnya penerbit dan pencetakan Mesir dan Syria. Di antaranya, Dar al Ma’rifaah dari Damsyik, Syria, yang mempunyai usaha sama dengan kami untuk menerbitkan dan mencetak Al-Quran Tajwid berwarna, yang dikenali sebagai "Mushaf Tajwid" di Malaysia sejak tahun 1997. Ustaz Haji As’ad Humam of Yogyakarta, Indonesia, since 2005.

Darul Fikir kini bergerak di seluruh negara termasuk negara jiran, dalam pemasaran dan penyediaan Al-Quran serta bahan bacaan ke kedai buku, perpustakaan, Kementerian Pendidikan, institut pengajian tinggi, jabatan kerajaan lain, perusahaan swasta dan individu persendirian. Darul Fikir adalah ahli aktif PQM (Penerbit Al-Quran Malaysia), MABOPA (Persatuan Penerbit Buku Malaysia ), PPPBBM (Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia) dan PKBM (Persatuan Kontraktor Buku Malaysia).

Darul Fikir adalah Kontraktor Bumiputera berdaftar di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (Ruj: 357-00006444).

010101 PENERBITAN DAN PENYIARAN/PENERBITAN/BAHAN BACAAN TERBITAN LUAR NEGARA
010102 PENERBITAN DAN PENYIARAN/PENERBITAN/BAHAN BACAAN
010601 PENERBITAN DAN PENYIARAN/PERALATAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN/KIT PENDIDIKAN
010602 PENERBITAN DAN PENYIARAN/PERALATAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN/BAHAN PENDIDIKAN

Perkhidmatan Kami

Pengatur Huruf

Pereka Grafik

Percetakan

Penulis

Penerbit Bahan Bacaan

Pemborong Bahan Bacaan

Pengedar Bahan Bacaan

Pengajian Al-Quran

Ibu Pejabat

Ibu Pejabat Darul Fikir,
329-B, Jalan Abdul Rahman Idris, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur.
Tel: (6)03-2698 1636, 2698 1637 Faks: (6)03-2692 8757
Emel: emel@darulfikir.com.my
Web: https://www.darulfikir.com.my

Cawangan

Percetakan Darul Fikir,
No. 61, Persiaran Mewah, Kawasan Perindustrian, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000
Kuala Lumpur.
Tel: 03-2698 1636

Akademi Al-Quran Darul Fikir,
Pusat Iqra’ Antarabangsa Malaysia, 158, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2697 1636, 26981636, 012-268 5919(WA)

Pejabat Pengatur huruf & Rekabentuk Grafik,
No. 89, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kg. Baru, Kuala Lumpur.
Tel: 03-2698 1636