Koleksi senjata tradisional Melayu: Keris warisan bagi negeri Pahang menampilkan himpunan koleksi peribadi sebanyak dua puluh tiga (23) keris yang menggambarkan kekuatan tradisi, keaslian bentuk, serta nilai sejarah yang mendalam. Keris-keris Pahang dikenali melalui sampirnya yang lebar, reka bentuk yang seimbang dan gaya hulu yang kukuh, melambangkan watak masyarakat pedalaman yang tegas, berdisiplin dan berpegang teguh kepada adat.