Sebuah Autobiografi – SANG PELITA UMAT (S/C)

RM70.00

Penulis: Syeikh Yusuf al-Qaradawi

ISBN: 978-983-131-455-5 (Kulit nipis)

780 halaman

Saiz: 25cm x 16.5cm x 4.4cm

Description

Syeikh Yusuf al-Qaradawi, seorang ilmuan agung yang sepanjang hayatnya dihabiskan terhadap umat dan ilmu. Buku ini mengisahkan perjalanan hidup beliau yang sejak kecil aktif mengaji al-Qur’an, zaman persekolahan, zaman kuliah hingga menamatkan pengajian sarjananya.

Pengajarannya di sini ialah bagaimana seseorang yang lahir di luar bandar, jauh dari hiruk-pikuk kilauan dunia, yatim piatu sejak kecil, belajar dengan bergantung kepada kerja keras dalam pelajaran tanpa sokongan dana keluarga, boleh menamatkan pengajian dengan jayanya.

Di samping itu, kita akan menerokai peribadi seorang tokoh yang jauh dari keegoan dan individualisme, tetapi lebih mementingkan kebersamaan, konsistensi dalam menjaga akidah yang benar sehingga sanggup dipenjarakan dan bersemangat jihad yang tidak pernah padam.

Mudah-mudahan masyarakat dapat menjadikannya sebagai teladan (ibrah), para remaja dapat menjadikannya sebagai pendorong untuk beraktiviti serta menjana aspirasi mereka.

Peribadi beliau perlu dicontohi, terutama untuk generasi akan datang yang bakal menghadapi cabaran hidup yang lebih getir. Buku ini amat bermanfaat untuk generasi muda, aktivis dakwah, ahli politik Islam, guru agama dan alim ulama agar dapat mengambil sebanyak mungkin ilmu yang terdapat di dalam buku ini.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sebuah Autobiografi – SANG PELITA UMAT (S/C)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *